ALMARUF CLEANServis details cleaning
Rumah · pejabat · rumah kosong

Details cleaning oleh team 4 orang, ikut jam.

Dalam masa yang ditempah, team 4 orang cleaner Almaruf Clean membersihkan rumah ikut senarai kerja, bermula dengan kawasan yang tuan/puan pilih. Untuk rumah besar, pilih kawasan yang paling penting dahulu. Peralatan cleaning kami bawa. Tuan/puan cuma sediakan tangga dan plastik sampah.

RM5004 jam · 4 cleaner
RM7006 jam · 4 cleaner
Dua cleaner Almaruf Clean berpakaian seragam biru sedang membersihkan dapur pelanggan
Salah satu team kami sedang bekerja di dapur pelanggan.
Harga

4 orang cleaner, dua pilihan slot

Setiap tempahan ialah team 4 orang cleaner untuk beberapa jam.

4 jam, 4 cleanerUntuk rumah besar, nyatakan kawasan mana perlu dibersihkan dahulu.RM500
6 jam, 4 cleanerBiasanya diperlukan untuk rumah dua dan tiga tingkat.RM700
Tambahan 30 minit+ RM50
Tambahan 1 jam+ RM100
Tambah masa untuk sesi petang. Untuk sesi pagi, hanya jika team tiada sesi petang pada hari itu. Beritahu cleaner semasa sesi.

Cara pembayaran

  1. RM100Deposit, dibayar secara online untuk mengesahkan tarikh.
  2. RM400 / RM600Baki untuk 4 atau 6 jam, dibayar secara online selepas cleaning, ke akaun yang sama dengan deposit.
  3. Hantar resitSertakan resit pembayaran di WhatsApp sebagai bukti, untuk deposit dan baki.

Pembayaran online sahaja. Butiran akaun akan diberi di WhatsApp semasa tempahan.

Kawasan liputan

Dua team, Kajang dan Klang

Setiap team meliputi kawasannya sendiri. Beritahu kawasan tuan/puan semasa tempahan dan kami hantar team yang meliputi kawasan itu.

Team Kajang

  • Kuala Lumpur
  • Kajang
  • Bangi
  • Semenyih
  • Ampang
  • Wangsa Maju
  • Cheras
  • Bukit Jalil
  • Puchong
  • KLIA
  • Sepang
  • Dengkil
  • Putrajaya
  • Cyberjaya
  • Nilai

Team Klang

  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam
  • Klang
  • Damansara
  • Petaling Jaya
  • Subang
  • Teluk Panglima Garang
  • Bandar Saujana Putra
  • Sungai Buloh
  • Rawang

Tak pasti kawasan tuan/puan termasuk? Tanya kami di WhatsApp.

Senarai kerja

Apa yang team buat, bilik demi bilik

Inilah senarai yang team kami ikut. Kerja yang ditanda “jika diminta” dibuat kalau tuan/puan minta semasa tempahan.

Pilih jenis cleaning:

Untuk rumah atau unit yang sedang didiami.

01

Ruang tamu

  • Lap dan bersihkan habuk dari semua permukaan: meja, kabinet, tingkap, siling
  • Menyusun perabot dan barang
  • Bersihkan sawang
  • Buka dan pasang langsir jika diminta
  • Lap kipas
  • Vacuum dan mop lantai
  • Buang sampah
02

Bilik tidur

  • Tukar cadar dan kemaskan tilam
  • Lap dan bersihkan habuk dari semua permukaan: almari, tingkap, siling, laci
  • Bersihkan sawang
  • Buka dan pasang langsir jika diminta
  • Lap kipas
  • Vacuum dan mop lantai
  • Buang sampah
  • Buka dan susun barang dalam laci jika diminta
03

Dapur

  • Basuh pinggan dan alat-alat dapur jika diminta
  • Lap dan bersihkan semua permukaan: almari dapur, sinki, dapur gas, tingkap, siling, meja
  • Bersihkan oven dan microwave luar dan dalam
  • Lap kipas
  • Bersihkan sawang
  • Sapu dan mop lantai
  • Buang sampah
  • Buka dan kemas peti ais jika diminta
  • Buka, lap dan susun barang dalam kabinet dapur jika diminta
04

Bilik air

  • Bersihkan semua permukaan, termasuk kabinet
  • Bersihkan dinding, cermin, paip, shower, tab mandi, pintu dan tingkap
  • Berus lantai, sinki dan mangkuk tandas
  • Mop dan keringkan lantai
  • Buang sampah
05

Garaj kereta & balkoni

  • Bersihkan garaj kereta dan balkoni jika diminta
Semasa bekerja

Gambar dari tempahan sebenar

Setiap gambar ini diambil atas kerelaan customer sendiri semasa cleaning dijalankan.

Kami tidak pernah merakam video atau datang ke rumah pelanggan untuk tujuan rakaman. Sebarang perkongsian di media sosial adalah inisiatif pelanggan sendiri.

Lap kipas siling dari atas tangga
Lap kipas siling dari atas tangga
Buang habuk pada bidai tinggi di koridor
Buang habuk pada bidai tinggi di koridor
Berus lantai shower
Berus lantai shower
Bahagian atas kabinet dapur
Bahagian atas kabinet dapur
Tingkap tinggi di ruang tamu siling tinggi
Tingkap tinggi di ruang tamu siling tinggi
Panel kaca di patio berbumbung
Panel kaca di patio berbumbung
Cuci lantai porch
Cuci lantai porch
Glass partition, atas sampai bawah
Glass partition, atas sampai bawah
Team Almaruf Clean
Team Almaruf Clean
Kipas siling di dapur
Kipas siling di dapur
Ruang tamu, kusyen diangkat untuk bersihkan bawahnya
Ruang tamu, kusyen diangkat untuk bersihkan bawahnya
Mesej pelanggan

Apa kata pelanggan selepas kerja siap

Tangkap layar mesej WhatsApp yang pelanggan hantar kepada team selepas cleaning, seperti yang diterima.

Cleaner Almaruf Clean memegang papan tanda Almaruf Clean bersama pelanggan selepas kerja Cleaner Almaruf Clean memegang papan tanda Almaruf Clean bersama pelanggan selepas kerja Cleaner Almaruf Clean memegang papan tanda Almaruf Clean bersama pelanggan selepas kerja Cleaner Almaruf Clean memegang papan tanda Almaruf Clean bersama pelanggan selepas kerja Cleaner Almaruf Clean memegang papan tanda Almaruf Clean bersama pelanggan selepas kerja Empat cleaner Almaruf Clean berpakaian seragam
Pelanggan bersama team selepas kerja siap.
Video pendek

Sedikit rakaman dari kerja sebenar

Team tiba di rumah pelanggan
Empat jam untuk satu dapur
Alihkan perabot untuk bersihkan belakangnya
Dinding cermin dari lantai ke siling
Sebelum team sampai

Lima perkara untuk disediakan

Ini berdasarkan pengalaman kerja-kerja sebelum ini. Kalau semua ini siap sebelum hari cleaning, masa team digunakan sepenuhnya untuk membersih.

  1. Tangga dan plastik sampahMohon sediakan kedua-duanya. Peralatan lain kami sediakan.
  2. Kucing di satu tempatKalau ada kucing, mohon simpan di satu tempat semasa cleaning supaya tidak mengganggu kerja.
  3. Kondo atau kawasan berpengawal?Beritahu kami semasa tempahan. Team akan masuk sebagai pelawat (visitor), kerana cleaner kami tidak didaftarkan di bawah mana-mana servis cleaning kondo. Driver akan hantar mereka di lobi atau depan rumah sahaja, tidak parking.
  4. Tiada kontraktor lain pada hari ituKami tidak boleh buat cleaning kalau ada kontraktor lain di rumah, contohnya pasang langsir, cat rumah, pasang kabinet atau pasang aircond.
  5. Rumah besar, slot pendekUntuk rumah dua atau tiga tingkat yang ambil slot 4 jam, mohon nyatakan kawasan mana perlu dibersihkan dahulu. Berdasarkan pengalaman, rumah sebesar itu biasanya perlukan sekitar 6 jam.

Terma

  1. Sila jaga barang berharga dalam rumah. Sekiranya berlaku kehilangan semasa kerja pembersihan, kami tidak bertanggungjawab.
  2. Tangga perlu disediakan. Kami tidak membawa tangga, dan penggunaan kerusi atau meja semasa kerja pembersihan tidak dibenarkan.
  3. Deposit tidak akan dipulangkan selepas dibayar, tetapi akan dipotong untuk sesi cleaning seterusnya. Pembatalan atau pertukaran tarikh hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang dijanjikan.
  4. Kami tidak membuang sampah besar. Team akan kumpulkan dan letakkan di satu tempat sahaja.
  5. Melipat dan menyusun pakaian perlukan tambahan masa jika dibuat bersama cleaning rumah. Boleh juga ambil slot khas untuk pakaian sahaja, tanpa cleaning rumah.
Soalan

Soalan lazim

Jawapan ringkas sebelum anda menempah. Untuk yang lain, tanya kami di WhatsApp.

Berapa orang cleaner yang datang, dan berapa lama mereka bekerja?

Setiap tempahan ialah team 4 orang cleaner. Pilih 4 jam (RM500) atau 6 jam (RM700). Rumah dua atau tiga tingkat biasanya perlukan lebih kurang 6 jam.

Apa yang perlu saya sediakan?

Tangga dan beg sampah. Semua peralatan cleaning yang lain kami bawa. Jika ada kucing, sila letakkan dalam satu bilik semasa team bekerja.

Bagaimana cara bayaran?

Bayar deposit RM100 secara online untuk mengesahkan tarikh. Selepas cleaning, bayar baki (RM400 untuk 4 jam, RM600 untuk 6 jam) secara online ke akaun yang sama. Hantar resit kepada kami di WhatsApp setiap kali bayar. Bayaran secara online sahaja.

Boleh saya batalkan atau tukar tarikh?

Boleh, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang dijanjikan. Deposit tidak dipulangkan, tetapi dibawa ke sesi cleaning anda yang seterusnya.

Kawasan mana yang anda liputi?

Dua team: Team Kajang dan Team Klang, masing-masing meliputi kawasannya sendiri (lihat “Kawasan liputan” di atas). Tidak pasti kawasan anda dilipui? Tanya kami di WhatsApp.

Boleh cleaning di kondo atau kawasan berpengawal?

Boleh. Beritahu kami semasa tempahan. Team akan masuk sebagai pelawat (visitor), kerana cleaner kami tidak didaftarkan di bawah mana-mana servis cleaning kondo. Driver akan hantar mereka di lobi atau pagar rumah anda dan terus pergi, tidak parking.

Bagaimana jika saya perlukan masa tambahan pada hari itu?

Masa tambahan ialah RM50 setiap 30 minit atau RM100 sejam. Ia untuk sesi petang. Untuk sesi pagi, hanya jika team tiada sesi petang pada hari itu. Beritahu cleaner semasa sesi.

Siapa bertanggungjawab atas barang berharga saya?

Sila simpan barang berharga dengan selamat. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan semasa cleaning.

Adakah gambar atau video rumah saya akan dikongsi di media sosial?

Kami tidak pernah merakam video atau datang ke rumah pelanggan untuk tujuan rakaman. Sebarang perkongsian di media sosial adalah inisiatif pelanggan sendiri dan bukan tanggungjawab pihak kami. Puan boleh meminta cleaner menyimpan telefon mereka semasa sesi, kecuali ketua cleaner yang perlu membawa telefon. Puan juga berhak memantau team cleaner kami sepanjang sesi.

Tempah slot cleaning

Isi borang ini dan WhatsApp akan dibuka dengan butiran tuan/puan sedia untuk dihantar. Kami akan balas dengan tarikh yang kosong dan butiran deposit.

Sila masukkan nama.
Sila masukkan nombor telefon Malaysia.
Sila pilih satu.
Sila pilih satu.
Sila pilih satu.
Sila nyatakan kawasan.

Tiada maklumat disimpan di laman web ini. Mesej terus ke WhatsApp kami, 016-248 8114.

WhatsApp tidak terbuka? Tekan di sini untuk buka.
Hubungi kami

Tak pasti perlu berapa jam?

Hantar beberapa gambar rumah di WhatsApp dan kami akan beritahu sama ada 4 atau 6 jam sudah cukup.

WhatsApp
016-248 8114
Telefon
016-248 8114
Instagram
@almarufclean
Team Almaruf Clean memegang papan tanda Almaruf Clean di rumah pelanggan pada waktu malam
Satu team selepas kerja waktu malam.
Tempah di WhatsApp Telefon